Bonus

Tuesday, March 8, 2011

TIPS KESIHATAN

Teh VS Susu
teh juga mampu membina tulang yang kuat selain susu.. bahan aktif yang terkandung di dalam teh iaitu flavonoids berkesan membantu membina tulang dengan ketumpatan yang tinggi... selang seli penganbilan susu dan teh boleh mengelakan tulang rapuh...


Brokoli VS Lobak
Bila bercakap tentang lobak mesti automatic akan teringat dengan kesihatan mata kan... selain lobak brokoli juga memainkan peranan yang sama... brokoli mengandungi sejenis antioksida yang dapat melindungi mata daripada kesan negatif pancaran suria... Antioksida tersebut di panggil 'sulforaphane'. semakin banyak anda mengambil sayuran yang mengandungi antioksida ini, semakin tinggi perlindungan anda dapat.. cubalah....



Jangan tinggalkan kekacang
Jangan lupa memasukkan kekacang dalam diet anda.. kekacang adalah sumber protein yang baik dan juga murah serta mudah didapati... belilah kekacang didalam tin dan bilaslah ia denagn air paip yang mengalir untuk mengurangkan sodium yang ada padanya... selain itu, anda juga boleh membeli kekacang kering dan masaklah ia pada waktu cuti untuk di makan sepanjang minggu.... pastikan kekacang itu kurang kandungan bahan tambahan seperti garam atau gula yang berlebihan... INGAT...


Elakkan Bertih jagung
elakan pengambilan bertih jagung semasa menonton wayang.. ini kerana bertih jagung yang dijual di pawagam selalunya tinggi gula, garam dan kandungan lemaknya...


semoga tips- tips kesihatan ini dapat membantu anda....GOOD LUCK...
Reactions:

0 comments:

Post a Comment

Thanks for your commenting.. Leave your blog link and I will come to your blog :-)