Saturday, July 26, 2014

Thursday, July 3, 2014

Surah An- Nisa (Wanita) -Ayat 32

بسم الله الرحمن الرحيم

sumber ayat quran.com

Maksudnya;

"Dan janganlah kamu iri hati terhadap kurniaan yang telah dilebihkan Allah kepada sebahagian yang lain. (Kerana) bagi lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan,dan bagi perempuan (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan. Mohonlah kepada Allah sebahagian dari kurnianNya. Sesungguhnya Allah mengetahui segala sesuatu". 

Surah An Nisa' Ayat 32


Assalammualaikum. buat perkongsian untuk semua :-)

Kita kadang-kala sering membandingkan diri kita dengan orang lain. Dan kadang-kala juga berasab iri hati kerana seseorang itu sering mendapat apa yang mereka hajatkan (dapat kerja cepat, kawin cepat, pangkat tinggi dan sebagainya).. Tapi kita lupa bahawa segala yang berlaku itu adalah kuniaan dari Allah untuk hambanya. Dan jika Dia ingin mengambil kembali kuniaan itu tiada siapa pun boleh menghalang. Jika Allah tidak mengizinkan segalanya tidak akan berlaku.. Jadi jika kita inginkan kuniaan daripadaNya banyakkan lah berdoa, berusaha sehabis baik dan bertawakallah.. Jika belum termakbul juga banyak-banyakkan lah bersabar kerana Allah menyukai orang- orang yang bersabar. Jika doa kita sudah termakbul, janganlah lupa bahawa semua itu adalah pinjaman dari Allah untuk kita..