Wednesday, July 18, 2018

Wednesday, January 20, 2016

PENEBUSAN AIP SURVEY : AEON VOUCHER RM60.00

AIP Survey adalah salah satu website yang menyediakan platform untuk sesiapa sahaja untuk menambah pendapatan sampingan dengan hanya menjawab survey yang telah disediakan.. Setiap survey akan mewakili jumlah mata ganjaran (point) yang tertentu. Setelah point anda mencukupi, anda boleh menebus baucer KFC,MCD,AEON, HOTLINK, GIANT, GUARDIAN,WATSONS dan lain-lain.

Pendaftaran adalah percuma. Dan sila baca terma dan syarat sebelum anda memulakan mendaftar.
Survey juga disediakan di dalam Bahasa Malaysia.. Jadi tidak ada masalah untuk yang tidak memahami Bahasa Inggeris.

Jika  ingin mendaftar sila tinggalkan nama dan alamat email diruangan komen dibawah... email jemputan akan diberikan. Atau anda boleh pergi sendiri ke : https://my.m.aipsurveys.com/

bukti penebusan : Baucer Aeon RM10 X 6 keping (menebus 6000 point)


Website AIP Malaysia




*disclaimer : admin membuat review berdasarkan pengalaman membuat survey di laman survey seperti di atas., admin tidak bertanggungjwab jika terdapat sebarang kerugian yang anda alami.. hanya sekadar untuk berkongsi.. 

Monday, October 19, 2015

Tambah pendapatan sampingan dengan Survey Berbayar


IpanelOnline adalah salah satu survey berbayar yang sangat popular.. Setiap survey yang diisi anda akan mendapat mata ganjaran (point reward) yang boleh ditukar kepada wang tunai.. Saya telah mendaftar dan juga telah mendapat bayaran dari IpanelOnline sebanyak tiga kali. Walaupun jumlahnya tidak banyak tetapi ianya dapat menambah pendapatan sampingan anda. Pendaftaran Ipanel adalah percuma. Anda akan dijemput mengisi survey melalui email yang anda daftar semasa membuat pendaftaran di Ipanel Online.

Pilihan penebusan mengikut jumlah point terkumpul anda.


Setelah mata ganjaran anda telah mencapai 1000point = RM10.00, anda boleh mula menebus mata ganjaran anda.

jumlah mata yang telah ditebus (3000 mata)

Jumlah yang telah dibayar ke akaun (RM30.00)



Pembayaran dibuat melalui akaun PayPal. Jadi anda perlu mendaftar akaun PayPal dahulu. KLIK SINI untuk mendaftar akaun PayPal.


Jika anda berminat untuk menambah pendapatan dengan mengisi survey anda boleh ke IpanelOnline Malaysia.. KLIK SINI untuk mendaftar IpanelOnline.

p/s : Sila baca terma dan syarat sebelum mendaftar.

Sunday, October 11, 2015

Facebook Tak Menggambarkan Kehidupan Sebenar Seseorang

GAYA HIDUP · IZZHAR NAZRI · SEPTEMBER 25, 2015
Biasa tak tengok orang post gambar tengah makan kat restoran mewah dengan suami, bahagia bercuti kat luar negara dengan keluarga. Biasa kan?
Bila tengok, apa kita rasa?
Salah satu sebab kenapa ramai orang stress hari ni adalah bila mereka mula membandingkan kehidupan mereka dengan orang lain di media sosial.
Manusia selalunya percaya apa yang mereka nampak di media sosial adalah gambaran sebenar kehidupan sesorang.
Ini pesan sifu saya, Faisal Abdullah.
“Apa yang kita nampak di media sosial tak menggambarkan kehidupan lengkap mereka. Kita cuma nampak apa yang telah dipilih, disusun dan diatur untuk ditunjukkan ke dunia.”
Kadang-kadang, saya rasa bersalah bila orang cakap, “Kalaulah aku boleh jadi macam Da’i Izzhar, mesti best.
Seolah-olah saya ada kehidupan yang sangat sempurna!
Berapa ramai yang tahu selama ini saya ke sri pentas untuk mengacara MHI dengan motor Honda kapcai?
Berapa ramai yang tahu saya pernah solat subuh tepi jalan raya sebab motor rosak dan saya ada 7 minit lagi nak On Air?
Berapa ramai yang tahu lepas habis ceramah waktu malam saya tersadai tepi jalan sampai 3 pagi sebab dah tak larat nak drive balik rumah?
Sebab disebalik apa yang kita nampak, sebenarnya banyak lagi yang kita tak nampak. Status-status ceria di wall tak semestinya menggambarkan kawan kita itu punyai kehidupan yang bahagia sempurna.
Lambakan gambar kucing comel di wall tak bermaksud mereka tak kisah tentang isu semasa.
Tak perlu salahkan takdir kenapa hidup aku tak best macam orang lain.
Jangan terlalu bandingkan kehidupan kita dengan orang lain. Cerita hidup kita dan mereka tak sama. Kesusahan dan keperitan yang dilalui jauh berbeza.
Sebenarnya, hari ni juga kita boleh mula tulis skrip kehidupan yang kita idamkan. Mulakan dengan syukuri apa kita ada, teruskan usaha untuk tingkatkan kualiti hidup kita.
KONGSIKAN TAZKIRAH INI
Sumber artikel : tazkirah.net

Tuesday, September 29, 2015

7 Strategi Saya Bebas Dari Hutang!

by  on AUGUST 22, 2011


Sejak tahun 2003 lagi saya azam nak bebas daripada segala hutang. Masa tu, kami terbeban dengan 5 hutang iaitu PTPTN saya, PTPTN isteri saya, Study Loan Yayasan Johor saya, Computer Loan, dan Car Loan. Lepas berhempas pulas selama 4 tahun, alhamdulillah, 4 Januari 2007 kami bebas dari segala hutang! Sejak hari tu, tak ada lagi hutang berbaki walaupun satu sen. Dan kami suami isteri kekal sebagai orang yang bebas hutang hingga ke saat saya menulis artikel ni.
Ada juga kawan yang mintak saya kongsikan cara untuk bebas hutang, tapi saya bukanlah orang layak untuk ajar cara bebas hutang. Cuma sekadar berkongsi tu, insyaAllah. Langkah pertama, saya boleh cadangkan sahabat semua baca bukuPetunjuk Jalan Kekayaan, tulisan Chef Li. Buku tu banyak bagi motivasi dan membuatkan saya insaf untuk jauhkan diri dari hutang. Lepas menyelami betapa susah hatinya Chef Li masa dikelilingi hutang, saya sendiri pun rasa fobia dengan hutang.

4 Prinsip Asas Urus Kewangan

Bila dah betul-betul ada kesedaran dan semangat bebas dari segala hutang, mungkin sahabat semua boleh pakai PRINSIP KEWANGAN yang saya amalkan ni.
Prinsip #1: Beli secara tunai.
Henti dan jauhkan segala urusniaga yang dinamakan ansuran, installment, beli dulu bayar kemudian, skim bayaran mudah dsb. Kalau terpaksa berhutang, itu maksudnya kita belum mampu beli barang tu lagi. So, simpan dulu duit sampai cukup, baru beli.
Prinsip #2: Hidup di bawah kemampuan, bukan ikut kemampuan.
Beli ikut keperluan, bukan ikut kemampuan, apatah lagi ikut kemahuan. Kalau mampu pakai kereta Proton Inspira, pakai Proton Saga jer lah dulu. Lupakanlah dulu perkataan “bergaya” dalam hidup tu buat sementara waktu sampai kita benar-benar mampu untuk bergaya. Biar tak bergaya, asalkan poket kita kaya.
Kalau ada barang yang bukan keperluan di rumah, lebih baik jual jer dulu. Downgrade life style yang berlebihan buat sementara waktu. Kalau sekarang ni subcribe Astro full channel, apa kata kurangkan channel-channel tu atau terus hentikan langganan Astro! Kalau sekarang pakai kereta besar, down grade kepada kereta yang cukup untuk keperluan jer. Kalau sekarang suka beli makan di luar, apa kata masak di rumah jer atau bawa bekal jer ke pejabat. Pointnya, hidup di bawah kemampuan.
Antara perkara yang boleh dipertimbangkan:
(a) Jual barang yang bukan keperluan
(b) Hentikan tabiat merokok (banyak boleh jimat tu!)
(c) Hentikan langganan Astro (atau tukar pakej lebih murah)
(d) Masak sendiri, makan di rumah dan bawa bekal ke pejabat
(e) Pindah rumah yang lebih kecil atau sewa yang lebih murah
Prinsip #3: Mulakan tabiat menyimpan walaupun sedikit.
Sikit tak apa, asalkan simpan. Saya dulu pun mula menyimpan RM20 jer sebulan. Buat potongan gaji ke akaun Tabung Haji (bukan tunggu duit lebih hujung bulan). Setiap kali naik gaji, saya akan tambah potongan gaji ke Tabung Haji. Kalau tak mampu simpan RM20 sebulan, simpan la RM2 sehari, masuk dalam tabung khas. Nanti hujung bulan masukkan RM2 sehari (RM60 sebulan) tu ke akaun bank. Yang penting mesti menyimpan.
Prinsip #4: Bina pendapatan kedua.
Libatkan diri dalam bisnes, tapi bukan skim-skim ‘bisnes’. Anggap gaji tu sebagai duit untuk hidup bulan-bulan, dan bisnes sebagai sumber untuk tambahkan simpanan. Simpan hasil bisnes 100%. Kalau nak guna pun, jangan lebih 50%! Duit hasil bisnes memang terbukti mempercepatkan kami bebas dari hutang, alhamdulillah.
Second income penting sebagai ‘backup’ income utama, dan untuk tambahkan simpanan. Azizi Ali, Pakar Kewangan Peribadi sarankan setiap orang perlu ada second income.
Itu jer lah rahsianya. Cari sampai hujung dunia sekalipun, inilah rahsianya. Beza antara orang berjaya dengan orang biasa-biasa ialah mereka TAKE ACTION!

Orang Bujang, Suami Isteri Bekerja, Lebih Mudah

Kalau orang macam saya boleh menyimpan dan bebas dari segala hutang, saya rasa orang bujang sepatutnya lagi senang nak bebas hutang. Betul tak? Susu pampers anak-anak tak kena beli, duit hantar anak sekolah pun tak ada, pakaian anak-anak yang mahal-mahal tu pun tak perlu risau. Cuma fikir diri sendiri dan kebajikan mak ayah jer…
Kalau orang macam saya yang isteri tak bekerja pun boleh, orang yang dua-dua suami isteri bekerja sepatutnya lagi lah mudah untuk bebas hutang! Betul tak? Hidup ni satu pilihan…
Ok, sampailah masanya untuk saya dedahkan strategi yang saya pakai untuk bebas hutang dalam masa 4 tahun.

7 Strategi Saya Bebas Dari Hutang

Ini prinsip-prinsip yang saya gunakan untuk langsaikan semua hutang dalam masa singkat:
Strategi #1: Jangan buat hutang lagi.
Selagi boleh hidup tanpa hutang tu, jangan sekali-kali berhutang. Beli apa sahaja secara tunai. Kalau terpaksa berhutang, itu bermaksud kita belum mampu. So, kumpul duit dulu. Bila dah cukup baru beli. Banyakkan bersabar, bersabar, bersabar.
Strategi #2: Langsaikan hutang yang interest ratenya paling tinggi dulu.
Contohnya, hutang kad kredit (18% setahun) kena settlekan dulu sebelum car loan (3% – 5% setahun). So, cuba list down semua hutang-hutang yang ada mengikut interest ratenya. Interest rate paling tinggi tu kena settlekan dulu.
Hutang ‘berkat’ seperti housing loan perlu disettlekan paling last sekali sebabnya ia dikategorikan sebagai “good debt” iaitu hutang yang membuatkan kita bertambah kaya! Baca artikel “Hutang Berkat, Hutang Mudarat” untuk fahami topik ni.
Strategi #3: Buka Dana “Full-settlement Hutang”.
Buka akaun khas di bank untuk simpan duit yang akan digunakan untuk full-settlement hutang-hutang yang ada. Bayar ansuran pinjaman macam biasa, dalam masa sama kumpul duit lain ke dalam dana tersebut. Bila duit tu dah cukup, buat full-settlement terus. Dengan full-settlement, kita jimat dari bayar interest berbanding dengan tambah nilai ansuran bulan-bulan. Full-settlement maksudnya kita bayar nilai “pokok” jer, ansuran bulan-bulan maksudnya kita bayar nilai “pokok” + “interest”!
Antara sebab saya suka settlekan semua hutang jauh lebih awal dari tempoh sepatutnya ialah nak kurangkan bayar interest. Tak bazirkan duit bayar interest!
Strategi #4: Gunakan duit ‘durian runtuh’ seperti bonus tahunan untuk langsaikan hutang dulu.
Dalam tempoh 4 tahun tu, saya gunakan sebahagian besar duit bonus untuk bayar hutang! Memang tak merasa sangat duit bonus masa tu. Kena mujahadah la sikit.
Strategi #5: Simpan duit kenaikan gaji tahunan 100% ke dalam Dana Full-settlement Hutang.
Jangan gatal tangan usik dana tu! Setiap kali kenaikan gaji, saya akan kira berapa kenaikan kos sara hidup untuk setahun akan datang. Contohnya, gaji naik RM200, kos sara hidup bertambah RM120 sebulan sebab seorang lagi anak masuk sekolah. So saya masukkan lebihan RM80 (RM200 – RM120) sebulan ke dalam Dana Full-settlement Hutang.
Strategi #6: Bila dah settle satu hutang, simpan duit installment bulan-bulan seterusnya ke dalam Dana Full-settlement Hutang.
Contohnya, bila dah buat full-settlement car loan yang installmentnya RM600 sebulan, simpanlah RM600 tu masuk ke Dana Full-settlement Hutang tadi. Jangan sekali-kali anggap duit tu sebagai ‘kenaikan gaji’, apatah lagi untuk tukar kereta baru!
Strategi #7: Bayar hutang secara automatik!
Buat potongan gaji atau standing instruction di bank supaya kita tak lupa bayar. Bila terlupa bayar, itu yang jadi tertunggak tu.
Tip terakhir, baca banyak buku-buku kewangan. Buku seperti “Jutawan Dari Planet Jupiter” (Azizi Ali), “Nota Jutawan, Nota Kewangan” (Irfan Khairi) tu wajib baca. Mana-mana buku yang saya baca, mereka akan cakap benda dan tip yang sama dengan apa yang saya kongsikan ni. Bezanya cuma samada kita AMAL ataupun tidak. Itu jer.
Moga tips ringkas ni dapat bantu sahabat semua untuk jadi G.O.O.D person. Iaitu “Get Out Of Debt” kata rakan saya, David Lee (Certified Financial Planner)…
Wallahu a’lam.

Zulkifli
11 Julai 2011
10 Sya’ban 1432
Damansara Damai


Tuesday, September 8, 2015

Secret Leaf Argan Hydrating Cleaser



Jenama Secretleaf memang tidak asing lagi di Malaysia.. Tapi mungkin juga ada yang tidak 
mengetahui apa itu Secretleaf.. Secretleaf adalah produk kecantikan yang berasaskan minyak argan.. Semua sudah maklum bahawa minyak argan adalah minyak yang berpotensi tinggi di dalam bidang kecantikan dan juga kesihatan.. Salah satu produk yang telah dicuba oleh admin adalah .. Pada mulanya admin hanya ingin mencuba kerana tertarik dengan kandungan minyak argan yang terdapat di dalam produk tersebut.. Kini telah hampir setahun admin telah menggunakannya.. ternyata ianya amat bersesuaian dengan kulit admin (kulit kombinasi dan kadang-kala sedikit sensitif ).. 


Argan Hydrating Cleanser merupakan pembersih muka yang diformulasi dengan 97% bahan semulajadi, berfungsi membersihkan wajah secara mendalam tanpa menjejaskan struktur kulit, yang seringkali terhasil dengan menggunakan pencuci muka biasa. 

Diformulasi khas untuk kegembiraan kulit yang berpanjangan, Argan Hydrating Cleanser bersifat sedikit berasid, menyamai pH kulit normal yang sangat penting dalam memastikan struktur lapisan kulit sentiasa sihat dan mengekalkan kandungan kelembapan semulajadi serta lapisan lipid pada kulit pada tahap yang optimum. Argan Hydrating Cleanser menggunakan pembersih berasaskan asid amino yang serupa dengan komposisi kulit dan sangat lembut kepada struktur kulit, tidak menggunakan pembersih jenis ‘sulfate’ yang boleh mengikis lapisan semulajadi kulit dan menyebabkan kulit kering, kemerahan dan rosak. Ia juga bebas bahan kimia paraben, petroleum (mineral oil) dan bahan pengawet. 
KANDUNGAN & KHASIAT :
* Minyak argan asli yang terkenal dengan gelaran ‘Cecair Emas Maghribi’ dapat memberikan kelembapan yang tinggi pada kulit. 
* Ekstrak alga Fucus Bladderwrack pula berupaya memberi perlindungan kepada kulit sehari-hari dari kesan buruk akibat pencemaran persekitaran seperti habuk, debu dan UV matahari daripada menjejaskan kulit. 
* Ekstrak lidah buaya menjadikan kulit lebih segar, sihat dan terlindung dengan kesan penyejukan dan pelembapan kulit yang maksima. 

Ia sesuai diguna oleh semua jenis kulit kerana formulasinya yang tidak merengsakan kulit, dan sesuai digunakan oleh semua peringkat umur untuk pembersihan kulit yang lebih mendalam, perlindungan kulit berpanjangan, serta kelembapan maksima. 
• Membersih muka secara mendalam tanpa menjejaskan struktur semulajadi kulit 
• Tanpa ‘sulphate’ yang boleh mengikis lapisan kelembapan semulajadi kulit 
• Diperkaya dengan ekstrak alga lautan Mediterranean yang berupaya melindungi kulit daripada kesan buruk persekitaran seperti UV matahari, habuk, debu, asap dan pencemaran udara 
 • Ekstrak alga tinggi dengan zat galian mineral yang diperlukan sebagai nutrient kepada kulit, turut berkesan memberikan kelembapan yang tinggi dan berpanjangan untuk kulit 
• Kandungan minyak argan organik membantu proses pembaikpulih kulit dengan kandungan Vitamin E dan Omega 6 & 9 yang menyerupai lapisan lipid kulit 
• Aloe Vera berfungsi menyejukkan kulit, mengurangkan iritasi dan keradangan serta melembap 
• Diformulasi dengan ‘teknologi kegembiraan kulit’ dengan pH sedikit berasid (pH 6) yang menyerupai pH kulit (pH 4.5 - 6.5) supaya struktur kulit tidak terjejas, malahan lebih terjaga dan dilindungi 
• Bebas paraben, petroleum (mineral oil), dan sulphate 
• 97% menggunakan sumber semulajadi (natural).


kreadit to : murahcheaponline

Membeli-belah di youbeli.com

youbeli.com adalah salah satu website online shopping yang menjual pelbagai produk dengan harga yang lebih murah serta berpatutan..  Antara barangan yang dijual di youbeli.com adalah seperti buku, barangan elektrik dan elektronik, peralatan rumah, permainan kanak-kanak, barangan bayi, barangan runcit, barangan kecantikan dan kesihatan, barangan sukan dan lain-lain.

Youbeli Online Shopping Malaysia
klik gambar untuk ke youbeli.com

Pengalaman kali pertama membeli peralatan elektrik di youbeli.com adalah sangat memuaskan hati serta penghantaran yang sangat pantas..

Food Dehydrator

Fruit dehydrator yang di beli di youbeli.com.

Harga juga lebih murah dari online shopping yang lain.. Sangat berpuas hati :-)


Wednesday, July 29, 2015

Perkhidmatan doorgift/goodies Melaka


Sila klik poster di atas untuk ke halaman FJ HOMEMADE

Masih mencari pembekal doorgift di Melaka? Cake? Cupcake? Hantaran cake? goodies? or any Apa kata anda cuba ke FJ Homemade (klik poster). Mungkin apa yang anda cari ada di sana. Harga yang berpatutan menanti anda.  



Saturday, April 4, 2015

Wednesday, September 3, 2014

Cara Renew Lesen SSM Melaka



Lesen perniagaan adalah amat penting sekarang. Ini dapat memberi satu perspektif yang positif kepada perniagaan kita. Tidak kisahlah kecil atau besar perniagaan itu. Ia bukan sahaja memberi impakpositif kepada pelanggan malahan dapat membuatkan para peniaga untuk lebih yakin dalam berniaga.

Jadi sesiapa yang ingin membuat pembaharuan lesen SSM bolehlah membuat urusan anda di UTC Melaka. Cepat Senang dan Mudah. Masa berurusan hari tu di SSM UTC hanya mengambil kurang  dari 10 minit . Kebetulan pada masa tu hanya ada seorang pelanggan (pergi awal pagi). Jadi tidak penat menunggu. Jika ramai mungkin mengambil masa dalam 15 minit.

Lokasi : UTC MELAKA (tingkat 3)

sebagai rujukan:
- Bawa IC & salinan.
- Lesen SSM yang telah tamat tempoh.
- Jika pemilikan bersama, boleh salah seorang yang membuat urusan di SSM.
- Jika lewat akan dikenakan kompoun (denda).Menigikut jangka masa kelewatan. Jika dah lewat lebih 12 bulan pemilik perlu membuat mendaftar semula.

Bayaran:
- Nama ted - RM60 setahun
- Nama Personal - RM30 setahun
- Cawangan - RM5 setahun bagi setiap cawangan

Penting:
- Untuk mengelakkan kesesakkan dikaunter sila isi siap-siap borang A1. Borang boleh dimuat turun dari website SSM atau boleh klik SINI (Borang A1). Rujuk Panduan Pembaharuan Pendaftaran Perniagaan. 

untuk maklumat lanjut mengenai SSM dan cara mendaftar yang lengkap anda boleh lah ke www.ssm.com.my.

IKLAN

FJ Homemade Logo
Menyediakan pelbagai homemade doorgift, pakej goodies bag, kek, cupcake, tart, choc chip cookies, moist choc cake doorgift, rainbow cake, cake in jar dan sebagai nya.. Klik Logo untuk ke homemade doorgift Melaka.

Saturday, July 26, 2014

Thursday, July 3, 2014

Surah An- Nisa (Wanita) -Ayat 32

بسم الله الرحمن الرحيم

sumber ayat quran.com

Maksudnya;

"Dan janganlah kamu iri hati terhadap kurniaan yang telah dilebihkan Allah kepada sebahagian yang lain. (Kerana) bagi lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan,dan bagi perempuan (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan. Mohonlah kepada Allah sebahagian dari kurnianNya. Sesungguhnya Allah mengetahui segala sesuatu". 

Surah An Nisa' Ayat 32


Assalammualaikum. buat perkongsian untuk semua :-)

Kita kadang-kala sering membandingkan diri kita dengan orang lain. Dan kadang-kala juga berasab iri hati kerana seseorang itu sering mendapat apa yang mereka hajatkan (dapat kerja cepat, kawin cepat, pangkat tinggi dan sebagainya).. Tapi kita lupa bahawa segala yang berlaku itu adalah kuniaan dari Allah untuk hambanya. Dan jika Dia ingin mengambil kembali kuniaan itu tiada siapa pun boleh menghalang. Jika Allah tidak mengizinkan segalanya tidak akan berlaku.. Jadi jika kita inginkan kuniaan daripadaNya banyakkan lah berdoa, berusaha sehabis baik dan bertawakallah.. Jika belum termakbul juga banyak-banyakkan lah bersabar kerana Allah menyukai orang- orang yang bersabar. Jika doa kita sudah termakbul, janganlah lupa bahawa semua itu adalah pinjaman dari Allah untuk kita.. 


Wednesday, December 4, 2013

Buat Pasport di UTC Melaka memang terbaik.

Ok hari ni nak share pengalaman membuat International pasport kali pertama di UTC Melaka.



1. Apa yang perlu dibawa semasa ingin membuat pasport di UTC?
   - IC/ Surat beranak
   - Gambar pasport latar belakang putih- 2 keping (Gambar kalau tak sempat tangkap pun takpe. Nanti
     masa di UTC boleh singgah kejap kat kiosk gambar di belah kanan pintu masuk UTC. Harga RM12)
  - Ukuran ketinggian. Ini penting untuk diisi di dalam pasport tu nanti.

2. Berapa bayaran?
    - Dewasa : RM100 untuk 2 tahun.
    - Warga Emas (umur 60 tahun ke atas) : RM80
    - Kanak- kanak (umur 2 tahun ke bawah) : RM80

3. Lama ke?
    Dalam 1 Jam siap. Tapi kalau pergi time tak ramai orang tak sampai sejam pun. Hari tu pergi pun
    malam, ambil nombor dalam pukul 9 malam. Siap dalam 9.30 malam.

4. Tatacara pemakaian?
    Ok ni untuk wanita yang bertudung ye. Sila pakai tudung yang bewarna gelap semasa mengambil
    gambar pasport. Kalau terlalu cerah anda terpaksa ambil gambar semula.

5. Lokasi?
    Berhampiran UTem Kampus Bandar. Berhadapan stadium kubu.

Untuk maklumat lanjut boleh ke Portal Rasmi Jabatan Imigresen klik SINI.

UTC Melaka Mudah dan Cepat :-) Lima Bintang untuk UTC Melaka.


IKLAN

FJ Homemade Logo
Menyediakan pelbagai homemade doorgift, pakej goodies bag, kek, cupcake, tart, choc chip cookies, moist choc cake doorgift, rainbow cake, cake in jar dan sebagai nya.. Klik Logo untuk ke homemade doorgift Melaka.

Sunday, November 3, 2013

Himalaya Herbals untuk Kulit Berjerawat dan Berminyak

Pernah dengar tak Himalaya Herbals? Rasanya pernah dengar kan. Kalau tak pernah dengar takpe cuba tengok flyers kat bawah ni


source : google

Dari rata- rata review atau testimoni yang dibaca, Produk Himalays ini sangat sesuai untuk sesiapa yang mengalami kulit yang berminyak serta berjerawat.  Product himalaya ini menggunakan daun neem dan juga tumeric (kunyit) yang sangat bagus untuk mencengah dan mengawal jerawat serta kulit yang berminyak. Produk ini sangat terkenal diIndia.. Okey kalau tak percaya boleh baca review di sini:


Ni adalah di anrata review yang sempat dikongsikan. Harga pun berpatutan. Kalau sesiapa yang ingin mencuba boleh lah cari di guardian ataupun farmasi yang berdekatan. Produk Himalaya ini ada juga dijual di Tesco. Kalau sesiapa yang tinggal di Melaka boleh ke brach Himalaya di AEON Bandaraya (1st floor berdekatan dengan maybank kalau tak silap). Sekarang Himalaya tengah buat promotion untuk Faca Wash + face scrub + face pack = RM39.90 :-) Untuk mengetahui dengan lebih lanjut Himalaya Herbals Malaysia boleh ke SINI Himalaya Healthcare Malaysia

Sesiapa yang ingin membeli produk Himalaya ataupun produk-produk lain secara online bolehlah ke SINI

IKLAN

FJ Homemade Logo
Menyediakan pelbagai homemade doorgift, pakej goodies bag, kek, cupcake, tart, choc chip cookies, moist choc cake doorgift, rainbow cake, cake in jar dan sebagai nya.. Klik Logo untuk ke homemade doorgift Melaka.

Monday, June 24, 2013

Lokasi Jerawat Dan Faktornya

Runsing pasal jeawat? semua orang pun mengalaminya.. so cari penyebabnya dahulu baru boleh rawat :-)


1&2: Sistem pencernaan - Kurangkan makanan segera, lemak & tingkatkan pengambilan air suam.

3: Hati - Kurangkan makanan berminyak dan bahan tenusu.

4,5&7: Kurang minum air - Tingkatkan pengambilan air suam

6: Jantung – Jaga tekanan darah. Kurangkan makan pedas dan daging. Tingkatkan pemakanan kaya Omega-3

8: Buah pinggang - Anda mungkin kurang minum air. Lebihkan minum air masak dan kurangkan garam dan kafein.

9&10: Pernafasan – Elakkan badan dari menjadi terlalu panas, kurangkan gula dan banyak bersenam.

11&12: Hormon – Stres dan hormone punca utama. Pastikan tidur yang cukup, lebih minum air & tingkatkan sayuran.

13: Usus – Lebihkan makanan berserat, banyakkan minum teh herba.

14: Penyakit – Badan anda mungkin sedang melawan bakteria untuk elakkan dari sakit. Banyakkan berehat dan berfikir positif.






Friday, May 31, 2013

Doorgift Melaka

STICKY POST - New Entry Scroll ke bawah :-)

Ingin melangsungkan hari perkahwinan? Atau ingin membuat sebarang majlis keraian.. Tercari-cari untuk menempah doorgift di Melaka? homemadedoorgiftmelaka menyediakan servis untuk tempahan:




Apam Polka Dot



Moist Coklat Kek


Agar-agar Kering

Chocolate Tart

Cheese Tart

Homemade chocolate


Berminat? Boleh KLIK SINI.. Harga Menarik jika borong dalam kuantiti yang banyak :-) Untuk maklumat lanjut bolehlah menghubungi FJ Homemade :-)

Thursday, March 21, 2013

Moist Coklat Kek Melaka



Senarai harga moist chocolate Cake di FJ Homemade 
Lokasi: Melaka


MCC 01
bekas 8" x 8"
1 pcs - RM35/pcs
2 pcs  - RM30/pcs
3 pcs dan ke atas - RM28/pcs
4pcs & ke atas - RM25/pcs
(tiada min order)


MCC 02
20 pcs  - RM2.00/pcs
30 pcs ke atas - RM1.80/pcs
50pcs ke atas - RM1.70/pcs
100pcs ke atas RM1.60/pcs
(min order 20pcs)

MCC 03
1pcs - RM16/pcs
2pcs ke atas - RM14/pcs
5pcs ke atas - RM12/pcs
(tiada min order)

MCC 04
 30pcs & ke atas - RM1.50/pcs
50pcs & ke atas - RM1.30/pcs
150pcs & ke atas - RM1.00/pcs
(min order 30pcs)

KLIK Link di bawah untuk info lanjut :-)

IKLAN

FJ Homemade Logo
Menyediakan pelbagai homemade doorgift, pakej goodies bag, kek, cupcake, tart, choc chip cookies, moist choc cake doorgift, rainbow cake, cake in jar dan sebagai nya.. Klik Logo untuk ke homemade doorgift Melaka.



Wednesday, March 20, 2013

Handmade Hand Bouquet

I made this hand bouquet for my friends for their engagement day this saturday.. Cogrates :-) Just the simple one.. Hope she like.. Do you interestes with this hand bouquet? just contact me.. So affordable price :-)


 Artificial carnation flower DIY by me :-)


Tuesday, March 19, 2013

Rumpai Laut Kurangkan Sakit Ketika Haid (Senggugut)




Masih banyak lagi kesan dan kebaikkan Rumpai Laut ini yang kita tidak ketahui. Antaranya adalah Rumpai  Laut ini boleh mengurangkan sakit ketika haid ataupun senggugut. Sakit ketika haid ini bukan sahaja membuatkan kita tidak selesa untuk melakukan kerja malahan ada yang sampai tidur sepanjang hari kerana terlalu sakit. Saya juga mengalami sakit ketika haid tetpi tidak la teruk sangat dan setelah mengamalkan rumpai laut ini selama hampir dua bulan saya perasan akan perubahan ni :-) Semasa period hari pertama saya tidak perasan yang saya sedang period, saya hanya perasan ketika hendak membuang air kecil. Saya sangat terkejut dan teruja dengan result ni. Adik saya yang ketiga juga mengalami masalah senggugut dan boleh dikatakan teruk sehingga tidur seharian. Tapi setelah dia mengamalkannya hampir sebulan sakit senggugutnya dah xde.. Dan ada juga customer saya yang membeikan feedback yang sama mengenai sakit ketika haid ni. 

Antara kesan lain ialah. dengan mengamalkan rumpai laut ini juga kulit akan semakin elok dan hormon akan makin stabil :-) Seakan kita makan kolagen dan mengambil supliment yang mahal :-) 

Jadi sesiapa yang belum mencuba apa kata beranikan diri untuk memcuba rumpai laut ini 100% asli dan tiada bahan-bahan terlarang di dalamnya. Di AWW harga sangat berpatutan untuk sesiapa sahaja. Pemborong & dropship juga amat dialu-alukan :-)

Harga :
Gred AA (kuning) - RM10/pack
Gred AAA (purple) - RM12/pack
Combo pack (50gm kuning + 50gm purple) - RM10/pack
**Setiap pack = 100gm
** Harga borong boleh lihat DI SINI 
Jika berminat bolehlah SMS ke 013-6038105 ataupun KLIK SINI :-)



Friday, March 15, 2013

Nak Sample Percuma from Only Beauty?

Semenjak join OnlyBeauty banyak dah sample percuma yang saya dapat. Antaranya adalah:
















Banyak kan free sample yang saya dah dapat. Tapi sample di takde lah like picture dekat atas ni.. Just sample dalam pack kecil je ataupun dalam botol kecil.. Nak request sample- sample ni kene la sign up dulu dengan OnlyBeauty. After dah jadi member baru lah boleh request. 

Cara request die bukan sekali request je dah dapat. Kalau bertuah memang sekali request je.. Tapi dinasihatkan request tiap-tiap hari la walaupun sample yang sama. After request  tunggu la sampul surat sample sampai rumah. Kadang-kadang sebulan dua baru sampai rumah. Tapi takpe janji dapat sample percuma :-)

Daftar kat OnlyBeauty ni free je.. Makesure bagi alamat yanng betul, kalau tak nanti sample yang berjaya di request tak sampai rumah.

kalau sesiapa yang berminat nak saya invite untuk sertai OnlyBeauty ni boleh la tinggalkan email di sini.


p/s:- sesiapa yang berminat dengan Pure Marine Collagen bolehlah contact 013-6038105.. Promosi Pure Marine Collagen Rm8/pack (kuning) & RM10/pack (purple) masih berlansung sehingga esok malam. (min 2pack). untuk info lanjut boleh ke sini :-)

IKLAN

FJ Homemade Logo
Menyediakan pelbagai homemade doorgift, pakej goodies bag, kek, cupcake, tart, choc chip cookies, moist choc cake doorgift, rainbow cake, cake in jar dan sebagai nya.. Klik Logo untuk ke homemade doorgift Melaka.

Tuesday, March 12, 2013

Program Latihan 1Malaysia - GiatMara

Pernah dengar tak Program Latihan 1Malaysia - GiatMara. Ini merupakan salah satu program yanga amat bagus sekali untuk sesiapa yang berminat untuk belajar kemahiran.. Bukan sahaja sesuai untuk individu yang tercicir dalam matapelajaran malahan sangat sesuai untuk golongan- golongan suri rumah, ibu dan bapa tunggal, golongan kurang upaya, pekerja kilang, pesara, dan lain-lain.. borang boleh didapatkan di giatmara berhampiran ataupun korang boleh klik sini.. Memang ramai dah join program ni n rata-rata berpuas hati dengan program ni.. malahan ada yang telah menjadi usahawan selepas menyertai program ini.. Saya pun sangat-sangat berminat dengan program ni dan nak memohon.. Tapi tak tahu la lepas ke tak.. harap-haraplah dapat.. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh lah baca syarat-syarat dekat gambar di bawah ni ataupun korang boleh ke laman web giat mara..


klik gambar untuk lebih jelas


IKLAN

FJ Homemade Logo
Menyediakan pelbagai homemade doorgift, pakej goodies bag, kek, cupcake, tart, choc chip cookies, moist choc cake doorgift, rainbow cake, cake in jar dan sebagai nya.. Klik Logo untuk ke homemade doorgift Melaka.

Tuesday, February 12, 2013

Brown Paper Bag for wedding Ideas

My adorable paper bag ideas :-) So simple but nice. Can used as wedding gift bag or anything.. And the vital thing is.. Cheapest......

Mini Feed Bag Gift Wrap
pic source: tealandlime

pic source: thepaperartstudio

Manilatags4a
pic source: lunchaporter.typepad

treat bags
pic source: blog.paper-source

pic source: womansday

bags of cherries
pic source: www.countryliving

So who's says its not so cool :-)

Have a nice day :-)

IKLAN

FJ Homemade Logo
Menyediakan pelbagai homemade doorgift, pakej goodies bag, kek, cupcake, tart, choc chip cookies, moist choc cake doorgift, rainbow cake, cake in jar dan sebagai nya.. Klik Logo untuk ke homemade doorgift Melaka.