Tuesday, September 8, 2015

Secret Leaf Argan Hydrating Cleaser



Jenama Secretleaf memang tidak asing lagi di Malaysia.. Tapi mungkin juga ada yang tidak 
mengetahui apa itu Secretleaf.. Secretleaf adalah produk kecantikan yang berasaskan minyak argan.. Semua sudah maklum bahawa minyak argan adalah minyak yang berpotensi tinggi di dalam bidang kecantikan dan juga kesihatan.. Salah satu produk yang telah dicuba oleh admin adalah .. Pada mulanya admin hanya ingin mencuba kerana tertarik dengan kandungan minyak argan yang terdapat di dalam produk tersebut.. Kini telah hampir setahun admin telah menggunakannya.. ternyata ianya amat bersesuaian dengan kulit admin (kulit kombinasi dan kadang-kala sedikit sensitif ).. 


Argan Hydrating Cleanser merupakan pembersih muka yang diformulasi dengan 97% bahan semulajadi, berfungsi membersihkan wajah secara mendalam tanpa menjejaskan struktur kulit, yang seringkali terhasil dengan menggunakan pencuci muka biasa. 

Diformulasi khas untuk kegembiraan kulit yang berpanjangan, Argan Hydrating Cleanser bersifat sedikit berasid, menyamai pH kulit normal yang sangat penting dalam memastikan struktur lapisan kulit sentiasa sihat dan mengekalkan kandungan kelembapan semulajadi serta lapisan lipid pada kulit pada tahap yang optimum. Argan Hydrating Cleanser menggunakan pembersih berasaskan asid amino yang serupa dengan komposisi kulit dan sangat lembut kepada struktur kulit, tidak menggunakan pembersih jenis ‘sulfate’ yang boleh mengikis lapisan semulajadi kulit dan menyebabkan kulit kering, kemerahan dan rosak. Ia juga bebas bahan kimia paraben, petroleum (mineral oil) dan bahan pengawet. 
KANDUNGAN & KHASIAT :
* Minyak argan asli yang terkenal dengan gelaran ‘Cecair Emas Maghribi’ dapat memberikan kelembapan yang tinggi pada kulit. 
* Ekstrak alga Fucus Bladderwrack pula berupaya memberi perlindungan kepada kulit sehari-hari dari kesan buruk akibat pencemaran persekitaran seperti habuk, debu dan UV matahari daripada menjejaskan kulit. 
* Ekstrak lidah buaya menjadikan kulit lebih segar, sihat dan terlindung dengan kesan penyejukan dan pelembapan kulit yang maksima. 

Ia sesuai diguna oleh semua jenis kulit kerana formulasinya yang tidak merengsakan kulit, dan sesuai digunakan oleh semua peringkat umur untuk pembersihan kulit yang lebih mendalam, perlindungan kulit berpanjangan, serta kelembapan maksima. 
• Membersih muka secara mendalam tanpa menjejaskan struktur semulajadi kulit 
• Tanpa ‘sulphate’ yang boleh mengikis lapisan kelembapan semulajadi kulit 
• Diperkaya dengan ekstrak alga lautan Mediterranean yang berupaya melindungi kulit daripada kesan buruk persekitaran seperti UV matahari, habuk, debu, asap dan pencemaran udara 
 • Ekstrak alga tinggi dengan zat galian mineral yang diperlukan sebagai nutrient kepada kulit, turut berkesan memberikan kelembapan yang tinggi dan berpanjangan untuk kulit 
• Kandungan minyak argan organik membantu proses pembaikpulih kulit dengan kandungan Vitamin E dan Omega 6 & 9 yang menyerupai lapisan lipid kulit 
• Aloe Vera berfungsi menyejukkan kulit, mengurangkan iritasi dan keradangan serta melembap 
• Diformulasi dengan ‘teknologi kegembiraan kulit’ dengan pH sedikit berasid (pH 6) yang menyerupai pH kulit (pH 4.5 - 6.5) supaya struktur kulit tidak terjejas, malahan lebih terjaga dan dilindungi 
• Bebas paraben, petroleum (mineral oil), dan sulphate 
• 97% menggunakan sumber semulajadi (natural).


kreadit to : murahcheaponline

0 comments:

Post a Comment

Thanks for your commenting.. Leave your blog link and I will come to your blog :-)