Bonus

Tuesday, March 15, 2016

Dulang Hantaran untuk dijual



6 dulang sahaja termasuk satu bakul buah.
Tema : Merah putih
Status barang : 2nd Hand
Price : RM70.00 sahaja untuk 6 dulang
Luar Melaka boleh poslaju (tambah RM20)

Berminat boleh whatsap/sms : 012 920 3832...


Available!

Wednesday, January 20, 2016

PENEBUSAN AIP SURVEY : AEON VOUCHER RM60.00

AIP Survey adalah salah satu website yang menyediakan platform untuk sesiapa sahaja untuk menambah pendapatan sampingan dengan hanya menjawab survey yang telah disediakan.. Setiap survey akan mewakili jumlah mata ganjaran (point) yang tertentu. Setelah point anda mencukupi, anda boleh menebus baucer KFC,MCD,AEON, HOTLINK, GIANT, GUARDIAN,WATSONS dan lain-lain.

Pendaftaran adalah percuma. Dan sila baca terma dan syarat sebelum anda memulakan mendaftar.
Survey juga disediakan di dalam Bahasa Malaysia.. Jadi tidak ada masalah untuk yang tidak memahami Bahasa Inggeris.

Jika  ingin mendaftar sila tinggalkan nama dan alamat email diruangan komen dibawah... email jemputan akan diberikan. Atau anda boleh pergi sendiri ke : https://my.m.aipsurveys.com/

bukti penebusan : Baucer Aeon RM10 X 6 keping (menebus 6000 point)


Website AIP Malaysia




*disclaimer : admin membuat review berdasarkan pengalaman membuat survey di laman survey seperti di atas., admin tidak bertanggungjwab jika terdapat sebarang kerugian yang anda alami.. hanya sekadar untuk berkongsi.. 

Tuesday, October 27, 2015

Budget Kahwin RM5000 masih ada.

Perkahwinan adalah matlamat bagi pasangan yang bercinta. Tiada satu pun pasangan yang tidak ingin mengakhiri hubungan mereka dengan perkahwianan. Tetapi faktor yang utama yang sering kali membantutkan hasrat mereka ialah duit. Budget perkahwinan yang semakin hari semakin tinggi membuatkan ramai pasangan di luar sana yang terpaksa menangguhkan hasrat murni mereka. Rata- rata budget perkawinan yang normal pada masa sekarang adalah RM10 000. Butget RM5000 untuk majlis perkawinan amatlah jarang kita dengar.  Tetapi ianya tidak mustahil. Tak percaya jom baca pengalaman mereka.

pic source: nisivoccia






Jika anda anda ada pengalaman membuat majlis perkahwinan RM5000 atau kurang dari RM5000 anda boleh tinggalkan pengalaman anda diruangan komen. Semoga perkongsian anda dapat membantu bakal-bakal pengantin di luar sana. In Shaa Allah.

Monday, October 19, 2015

Tambah pendapatan sampingan dengan Survey Berbayar


IpanelOnline adalah salah satu survey berbayar yang sangat popular.. Setiap survey yang diisi anda akan mendapat mata ganjaran (point reward) yang boleh ditukar kepada wang tunai.. Saya telah mendaftar dan juga telah mendapat bayaran dari IpanelOnline sebanyak tiga kali. Walaupun jumlahnya tidak banyak tetapi ianya dapat menambah pendapatan sampingan anda. Pendaftaran Ipanel adalah percuma. Anda akan dijemput mengisi survey melalui email yang anda daftar semasa membuat pendaftaran di Ipanel Online.

Pilihan penebusan mengikut jumlah point terkumpul anda.


Setelah mata ganjaran anda telah mencapai 1000point = RM10.00, anda boleh mula menebus mata ganjaran anda.

jumlah mata yang telah ditebus (3000 mata)

Jumlah yang telah dibayar ke akaun (RM30.00)



Pembayaran dibuat melalui akaun PayPal. Jadi anda perlu mendaftar akaun PayPal dahulu. KLIK SINI untuk mendaftar akaun PayPal.


Jika anda berminat untuk menambah pendapatan dengan mengisi survey anda boleh ke IpanelOnline Malaysia.. KLIK SINI untuk mendaftar IpanelOnline.

p/s : Sila baca terma dan syarat sebelum mendaftar.

Sunday, October 11, 2015

Facebook Tak Menggambarkan Kehidupan Sebenar Seseorang

GAYA HIDUP · IZZHAR NAZRI · SEPTEMBER 25, 2015
Biasa tak tengok orang post gambar tengah makan kat restoran mewah dengan suami, bahagia bercuti kat luar negara dengan keluarga. Biasa kan?
Bila tengok, apa kita rasa?
Salah satu sebab kenapa ramai orang stress hari ni adalah bila mereka mula membandingkan kehidupan mereka dengan orang lain di media sosial.
Manusia selalunya percaya apa yang mereka nampak di media sosial adalah gambaran sebenar kehidupan sesorang.
Ini pesan sifu saya, Faisal Abdullah.
“Apa yang kita nampak di media sosial tak menggambarkan kehidupan lengkap mereka. Kita cuma nampak apa yang telah dipilih, disusun dan diatur untuk ditunjukkan ke dunia.”
Kadang-kadang, saya rasa bersalah bila orang cakap, “Kalaulah aku boleh jadi macam Da’i Izzhar, mesti best.
Seolah-olah saya ada kehidupan yang sangat sempurna!
Berapa ramai yang tahu selama ini saya ke sri pentas untuk mengacara MHI dengan motor Honda kapcai?
Berapa ramai yang tahu saya pernah solat subuh tepi jalan raya sebab motor rosak dan saya ada 7 minit lagi nak On Air?
Berapa ramai yang tahu lepas habis ceramah waktu malam saya tersadai tepi jalan sampai 3 pagi sebab dah tak larat nak drive balik rumah?
Sebab disebalik apa yang kita nampak, sebenarnya banyak lagi yang kita tak nampak. Status-status ceria di wall tak semestinya menggambarkan kawan kita itu punyai kehidupan yang bahagia sempurna.
Lambakan gambar kucing comel di wall tak bermaksud mereka tak kisah tentang isu semasa.
Tak perlu salahkan takdir kenapa hidup aku tak best macam orang lain.
Jangan terlalu bandingkan kehidupan kita dengan orang lain. Cerita hidup kita dan mereka tak sama. Kesusahan dan keperitan yang dilalui jauh berbeza.
Sebenarnya, hari ni juga kita boleh mula tulis skrip kehidupan yang kita idamkan. Mulakan dengan syukuri apa kita ada, teruskan usaha untuk tingkatkan kualiti hidup kita.
KONGSIKAN TAZKIRAH INI
Sumber artikel : tazkirah.net

Thursday, October 8, 2015

Hanger Tudung serendah RM13.00/pcs


Hanger Tudung V2 Pink

Terlalu banyak tudung? Sering renyuk? Tidak tahu macam mana nak simpan?

Jadi apa tunggu lagi dapatkan hanget tudung dari Sweet Muslimah.. Harga yang sangat murah :-) Dan penghantaran terus ke rumah anda..

Beli 3 atau lebih : RM16.00/pcs
Beli 10 atau lebih : RM13.00/pcs

Keistimewaan :
1. Material tidak mudah berkarat
2. Boleh menggantung 9 helai tudung
3. Tudung tidak mudah renyuk dan lebih tersusun.

JOM KE SWEET MUSLIMAH (KLIK SINI)




Tuesday, October 6, 2015

Wednesday, September 30, 2015

Sweet Muslimah yang Sweet

Kepada peminat-peminat dress..  anda bolehlah ke Sweet Muslimah untuk mendapatkan koleksi dress terbaru dan cantik-cantik. Harga yang memang berpatutan.. Sesuai untuk dipakai kemana sahaja.. 
Anda Boleh klik mana-mana gambar untuk ke laman web Sweet Muslimah :-)

Apa Tunggu lagi :-)

SM10 00005
SM10 00003
SM10 00002

Boleh juga klik link di bawah.. Happy Shopping.. 



Tuesday, September 29, 2015

7 Strategi Saya Bebas Dari Hutang!

by  on AUGUST 22, 2011


Sejak tahun 2003 lagi saya azam nak bebas daripada segala hutang. Masa tu, kami terbeban dengan 5 hutang iaitu PTPTN saya, PTPTN isteri saya, Study Loan Yayasan Johor saya, Computer Loan, dan Car Loan. Lepas berhempas pulas selama 4 tahun, alhamdulillah, 4 Januari 2007 kami bebas dari segala hutang! Sejak hari tu, tak ada lagi hutang berbaki walaupun satu sen. Dan kami suami isteri kekal sebagai orang yang bebas hutang hingga ke saat saya menulis artikel ni.
Ada juga kawan yang mintak saya kongsikan cara untuk bebas hutang, tapi saya bukanlah orang layak untuk ajar cara bebas hutang. Cuma sekadar berkongsi tu, insyaAllah. Langkah pertama, saya boleh cadangkan sahabat semua baca bukuPetunjuk Jalan Kekayaan, tulisan Chef Li. Buku tu banyak bagi motivasi dan membuatkan saya insaf untuk jauhkan diri dari hutang. Lepas menyelami betapa susah hatinya Chef Li masa dikelilingi hutang, saya sendiri pun rasa fobia dengan hutang.

4 Prinsip Asas Urus Kewangan

Bila dah betul-betul ada kesedaran dan semangat bebas dari segala hutang, mungkin sahabat semua boleh pakai PRINSIP KEWANGAN yang saya amalkan ni.
Prinsip #1: Beli secara tunai.
Henti dan jauhkan segala urusniaga yang dinamakan ansuran, installment, beli dulu bayar kemudian, skim bayaran mudah dsb. Kalau terpaksa berhutang, itu maksudnya kita belum mampu beli barang tu lagi. So, simpan dulu duit sampai cukup, baru beli.
Prinsip #2: Hidup di bawah kemampuan, bukan ikut kemampuan.
Beli ikut keperluan, bukan ikut kemampuan, apatah lagi ikut kemahuan. Kalau mampu pakai kereta Proton Inspira, pakai Proton Saga jer lah dulu. Lupakanlah dulu perkataan “bergaya” dalam hidup tu buat sementara waktu sampai kita benar-benar mampu untuk bergaya. Biar tak bergaya, asalkan poket kita kaya.
Kalau ada barang yang bukan keperluan di rumah, lebih baik jual jer dulu. Downgrade life style yang berlebihan buat sementara waktu. Kalau sekarang ni subcribe Astro full channel, apa kata kurangkan channel-channel tu atau terus hentikan langganan Astro! Kalau sekarang pakai kereta besar, down grade kepada kereta yang cukup untuk keperluan jer. Kalau sekarang suka beli makan di luar, apa kata masak di rumah jer atau bawa bekal jer ke pejabat. Pointnya, hidup di bawah kemampuan.
Antara perkara yang boleh dipertimbangkan:
(a) Jual barang yang bukan keperluan
(b) Hentikan tabiat merokok (banyak boleh jimat tu!)
(c) Hentikan langganan Astro (atau tukar pakej lebih murah)
(d) Masak sendiri, makan di rumah dan bawa bekal ke pejabat
(e) Pindah rumah yang lebih kecil atau sewa yang lebih murah
Prinsip #3: Mulakan tabiat menyimpan walaupun sedikit.
Sikit tak apa, asalkan simpan. Saya dulu pun mula menyimpan RM20 jer sebulan. Buat potongan gaji ke akaun Tabung Haji (bukan tunggu duit lebih hujung bulan). Setiap kali naik gaji, saya akan tambah potongan gaji ke Tabung Haji. Kalau tak mampu simpan RM20 sebulan, simpan la RM2 sehari, masuk dalam tabung khas. Nanti hujung bulan masukkan RM2 sehari (RM60 sebulan) tu ke akaun bank. Yang penting mesti menyimpan.
Prinsip #4: Bina pendapatan kedua.
Libatkan diri dalam bisnes, tapi bukan skim-skim ‘bisnes’. Anggap gaji tu sebagai duit untuk hidup bulan-bulan, dan bisnes sebagai sumber untuk tambahkan simpanan. Simpan hasil bisnes 100%. Kalau nak guna pun, jangan lebih 50%! Duit hasil bisnes memang terbukti mempercepatkan kami bebas dari hutang, alhamdulillah.
Second income penting sebagai ‘backup’ income utama, dan untuk tambahkan simpanan. Azizi Ali, Pakar Kewangan Peribadi sarankan setiap orang perlu ada second income.
Itu jer lah rahsianya. Cari sampai hujung dunia sekalipun, inilah rahsianya. Beza antara orang berjaya dengan orang biasa-biasa ialah mereka TAKE ACTION!

Orang Bujang, Suami Isteri Bekerja, Lebih Mudah

Kalau orang macam saya boleh menyimpan dan bebas dari segala hutang, saya rasa orang bujang sepatutnya lagi senang nak bebas hutang. Betul tak? Susu pampers anak-anak tak kena beli, duit hantar anak sekolah pun tak ada, pakaian anak-anak yang mahal-mahal tu pun tak perlu risau. Cuma fikir diri sendiri dan kebajikan mak ayah jer…
Kalau orang macam saya yang isteri tak bekerja pun boleh, orang yang dua-dua suami isteri bekerja sepatutnya lagi lah mudah untuk bebas hutang! Betul tak? Hidup ni satu pilihan…
Ok, sampailah masanya untuk saya dedahkan strategi yang saya pakai untuk bebas hutang dalam masa 4 tahun.

7 Strategi Saya Bebas Dari Hutang

Ini prinsip-prinsip yang saya gunakan untuk langsaikan semua hutang dalam masa singkat:
Strategi #1: Jangan buat hutang lagi.
Selagi boleh hidup tanpa hutang tu, jangan sekali-kali berhutang. Beli apa sahaja secara tunai. Kalau terpaksa berhutang, itu bermaksud kita belum mampu. So, kumpul duit dulu. Bila dah cukup baru beli. Banyakkan bersabar, bersabar, bersabar.
Strategi #2: Langsaikan hutang yang interest ratenya paling tinggi dulu.
Contohnya, hutang kad kredit (18% setahun) kena settlekan dulu sebelum car loan (3% – 5% setahun). So, cuba list down semua hutang-hutang yang ada mengikut interest ratenya. Interest rate paling tinggi tu kena settlekan dulu.
Hutang ‘berkat’ seperti housing loan perlu disettlekan paling last sekali sebabnya ia dikategorikan sebagai “good debt” iaitu hutang yang membuatkan kita bertambah kaya! Baca artikel “Hutang Berkat, Hutang Mudarat” untuk fahami topik ni.
Strategi #3: Buka Dana “Full-settlement Hutang”.
Buka akaun khas di bank untuk simpan duit yang akan digunakan untuk full-settlement hutang-hutang yang ada. Bayar ansuran pinjaman macam biasa, dalam masa sama kumpul duit lain ke dalam dana tersebut. Bila duit tu dah cukup, buat full-settlement terus. Dengan full-settlement, kita jimat dari bayar interest berbanding dengan tambah nilai ansuran bulan-bulan. Full-settlement maksudnya kita bayar nilai “pokok” jer, ansuran bulan-bulan maksudnya kita bayar nilai “pokok” + “interest”!
Antara sebab saya suka settlekan semua hutang jauh lebih awal dari tempoh sepatutnya ialah nak kurangkan bayar interest. Tak bazirkan duit bayar interest!
Strategi #4: Gunakan duit ‘durian runtuh’ seperti bonus tahunan untuk langsaikan hutang dulu.
Dalam tempoh 4 tahun tu, saya gunakan sebahagian besar duit bonus untuk bayar hutang! Memang tak merasa sangat duit bonus masa tu. Kena mujahadah la sikit.
Strategi #5: Simpan duit kenaikan gaji tahunan 100% ke dalam Dana Full-settlement Hutang.
Jangan gatal tangan usik dana tu! Setiap kali kenaikan gaji, saya akan kira berapa kenaikan kos sara hidup untuk setahun akan datang. Contohnya, gaji naik RM200, kos sara hidup bertambah RM120 sebulan sebab seorang lagi anak masuk sekolah. So saya masukkan lebihan RM80 (RM200 – RM120) sebulan ke dalam Dana Full-settlement Hutang.
Strategi #6: Bila dah settle satu hutang, simpan duit installment bulan-bulan seterusnya ke dalam Dana Full-settlement Hutang.
Contohnya, bila dah buat full-settlement car loan yang installmentnya RM600 sebulan, simpanlah RM600 tu masuk ke Dana Full-settlement Hutang tadi. Jangan sekali-kali anggap duit tu sebagai ‘kenaikan gaji’, apatah lagi untuk tukar kereta baru!
Strategi #7: Bayar hutang secara automatik!
Buat potongan gaji atau standing instruction di bank supaya kita tak lupa bayar. Bila terlupa bayar, itu yang jadi tertunggak tu.
Tip terakhir, baca banyak buku-buku kewangan. Buku seperti “Jutawan Dari Planet Jupiter” (Azizi Ali), “Nota Jutawan, Nota Kewangan” (Irfan Khairi) tu wajib baca. Mana-mana buku yang saya baca, mereka akan cakap benda dan tip yang sama dengan apa yang saya kongsikan ni. Bezanya cuma samada kita AMAL ataupun tidak. Itu jer.
Moga tips ringkas ni dapat bantu sahabat semua untuk jadi G.O.O.D person. Iaitu “Get Out Of Debt” kata rakan saya, David Lee (Certified Financial Planner)…
Wallahu a’lam.

Zulkifli
11 Julai 2011
10 Sya’ban 1432
Damansara Damai


Tuesday, September 8, 2015

Program affiliate tudung SIMPLEHIJAB

Pernahkah anda terfikir untuk memulakan perniagaan tudung tetapi kekurangan modal dan kepakaran? Tak mengapa. Jom sertai program affiliate tudung SIMPLEHIJAB dan berpeluang menjana pendapatan sampingan setiap sebulan. Daftar sekarang melalui link berikut:
Apakah keistimewaan yang dibawakan oleh sistem affiliate kami ini adalah:
1. Pendaftaran adalah percuma. Tiada sebarang yuran atau caj yang akan dikenakan. Daftar di SINI.
2. Anda tidak perlu menyimpan sebarang stok.
3. Anda tidak perlu menguruskan order atau pembelian.
4. Anda hanya perlu berkongsi unik URL atau link yang disediakan ke semua laman media sosial anda seperti Facebook dan Twitter. Ataupun hanya dengan semudah melalui Whatsap dan bersedia untuk menerima komisen.
5. Anda berpeluang untuk menerima komisen sehingga 10% bagi setiap pembelian (bergantung kepada jenis tudung) yang dilakukan oleh pelanggan yang di-referred oleh anda ke sistem kami.
6. Tiada had tempoh yang ditetapkan untuk penerimaan komisen bermaksud anda akan tetap menerima komisen selagi mana SIMPLEHIJAB beroperasi.
Apa yang lebih menarik lagi?
1. Anda boleh meningkatkan lagi komisen anda dengan cara mengajak lebih ramai rakan-rakan anda untuk menjadi Affiliate Agent kami dengan menggunakan Unique URL atau link yang disediakan di ruangan dashboard akaun anda.
2. Contoh: Anda mengajak si A untuk menjadi agent. Maka anda akan mendapat komisen sehingga 5% (bergantung kepada jenis tudung) sekiranya si A membawa pelanggan untuk membeli di SIMPLEHIJAB. Sekiranya si A mengajak si B menjadi agent, anda tidak akan memperoleh sebarang komisen sekiranya si B membawa pelanggan untuk membeli di SIMPLEHIJAB.

Secret Leaf Argan Hydrating Cleaser



Jenama Secretleaf memang tidak asing lagi di Malaysia.. Tapi mungkin juga ada yang tidak 
mengetahui apa itu Secretleaf.. Secretleaf adalah produk kecantikan yang berasaskan minyak argan.. Semua sudah maklum bahawa minyak argan adalah minyak yang berpotensi tinggi di dalam bidang kecantikan dan juga kesihatan.. Salah satu produk yang telah dicuba oleh admin adalah .. Pada mulanya admin hanya ingin mencuba kerana tertarik dengan kandungan minyak argan yang terdapat di dalam produk tersebut.. Kini telah hampir setahun admin telah menggunakannya.. ternyata ianya amat bersesuaian dengan kulit admin (kulit kombinasi dan kadang-kala sedikit sensitif ).. 


Argan Hydrating Cleanser merupakan pembersih muka yang diformulasi dengan 97% bahan semulajadi, berfungsi membersihkan wajah secara mendalam tanpa menjejaskan struktur kulit, yang seringkali terhasil dengan menggunakan pencuci muka biasa. 

Diformulasi khas untuk kegembiraan kulit yang berpanjangan, Argan Hydrating Cleanser bersifat sedikit berasid, menyamai pH kulit normal yang sangat penting dalam memastikan struktur lapisan kulit sentiasa sihat dan mengekalkan kandungan kelembapan semulajadi serta lapisan lipid pada kulit pada tahap yang optimum. Argan Hydrating Cleanser menggunakan pembersih berasaskan asid amino yang serupa dengan komposisi kulit dan sangat lembut kepada struktur kulit, tidak menggunakan pembersih jenis ‘sulfate’ yang boleh mengikis lapisan semulajadi kulit dan menyebabkan kulit kering, kemerahan dan rosak. Ia juga bebas bahan kimia paraben, petroleum (mineral oil) dan bahan pengawet. 
KANDUNGAN & KHASIAT :
* Minyak argan asli yang terkenal dengan gelaran ‘Cecair Emas Maghribi’ dapat memberikan kelembapan yang tinggi pada kulit. 
* Ekstrak alga Fucus Bladderwrack pula berupaya memberi perlindungan kepada kulit sehari-hari dari kesan buruk akibat pencemaran persekitaran seperti habuk, debu dan UV matahari daripada menjejaskan kulit. 
* Ekstrak lidah buaya menjadikan kulit lebih segar, sihat dan terlindung dengan kesan penyejukan dan pelembapan kulit yang maksima. 

Ia sesuai diguna oleh semua jenis kulit kerana formulasinya yang tidak merengsakan kulit, dan sesuai digunakan oleh semua peringkat umur untuk pembersihan kulit yang lebih mendalam, perlindungan kulit berpanjangan, serta kelembapan maksima. 
• Membersih muka secara mendalam tanpa menjejaskan struktur semulajadi kulit 
• Tanpa ‘sulphate’ yang boleh mengikis lapisan kelembapan semulajadi kulit 
• Diperkaya dengan ekstrak alga lautan Mediterranean yang berupaya melindungi kulit daripada kesan buruk persekitaran seperti UV matahari, habuk, debu, asap dan pencemaran udara 
 • Ekstrak alga tinggi dengan zat galian mineral yang diperlukan sebagai nutrient kepada kulit, turut berkesan memberikan kelembapan yang tinggi dan berpanjangan untuk kulit 
• Kandungan minyak argan organik membantu proses pembaikpulih kulit dengan kandungan Vitamin E dan Omega 6 & 9 yang menyerupai lapisan lipid kulit 
• Aloe Vera berfungsi menyejukkan kulit, mengurangkan iritasi dan keradangan serta melembap 
• Diformulasi dengan ‘teknologi kegembiraan kulit’ dengan pH sedikit berasid (pH 6) yang menyerupai pH kulit (pH 4.5 - 6.5) supaya struktur kulit tidak terjejas, malahan lebih terjaga dan dilindungi 
• Bebas paraben, petroleum (mineral oil), dan sulphate 
• 97% menggunakan sumber semulajadi (natural).


kreadit to : murahcheaponline

Membeli-belah di youbeli.com

youbeli.com adalah salah satu website online shopping yang menjual pelbagai produk dengan harga yang lebih murah serta berpatutan..  Antara barangan yang dijual di youbeli.com adalah seperti buku, barangan elektrik dan elektronik, peralatan rumah, permainan kanak-kanak, barangan bayi, barangan runcit, barangan kecantikan dan kesihatan, barangan sukan dan lain-lain.

Youbeli Online Shopping Malaysia
klik gambar untuk ke youbeli.com

Pengalaman kali pertama membeli peralatan elektrik di youbeli.com adalah sangat memuaskan hati serta penghantaran yang sangat pantas..

Food Dehydrator

Fruit dehydrator yang di beli di youbeli.com.

Harga juga lebih murah dari online shopping yang lain.. Sangat berpuas hati :-)


Thursday, September 3, 2015

Kupon Diskaun Marybrown 2015

Sempena bulan kemerdekaan 2015 Marybrown telah membuat promosi MERDEKA Coupon yang sangat berbaloi.. Anda boleh mengambil lembaran kupon di Cawangan Marybrown berdekatan anda atau boleh download online.. klik link ini untuk ke website --> Marybrown (klik sini).


Kupon berbeza mengikiut tempat.. (klik kawasan anda)


National Malaysia-Page1
National Malaysia-Page2
Langkawi Parade & Labuan -Page1
Langkawi Parade & Labuan-Page2
East Malaysia-Page1
East Malaysia-Page2
UnderWaterWorld-Page1
UnderWaterWorld-Page1
MERDEKA Coupon

Terma & Syarat :
  • Promosi Sah sehingga : : 24 Ogos 2015 – 4 Oktober 2015
  • Sila serahkan kupon sebelum membuat pesanan.
  • Tidak sah dengan diskaun, tawaran atau promosi yang lain.
  • Cetakan digital dan salinan fotokopi dibenarkan.
  • Satu tawaran setiap kupon.
  • Makan di restoran sahaja.
  • Termasuk 6% GST.
  • Sah di cawangan Marrybrown Semenanjung Malaysia, kecuali cawangan Genting  Highlands, Sunway Lagoon, Langkawi Parade, Underwater World Langkawi dan semua cawangan lapangan terbang.
  • Sah sehingga 4 Oktober 2015 atau sementara stok masih ada.





** Sangat berpuas hati :-) 

Friday, August 21, 2015

Ingin berkongsi jawatan kosong di Melaka 2015?

Kepada sesiapa warga Melaka yang mempunyai informasi berkaitan jawatan kosong di Melaka bolehlah berkongsi maklumat anda di sini.. Tinggalkan komen di bawah.. Semoga dengan bantuan maklumat anda, mereka-mereka yang ingin mencari pekerjaan dapat memohon dengan segera :-)


sumber gambar : google

Monday, August 17, 2015

INGIN MEMILIKI PERNIAGAAN BUTIK MUSLIMAH ONLINE ANDA SENDIRI ?

ADAKAH ANDA INGIN MEMILIKI PERNIAGAAN BUTIK MUSLIMAH ONLINE ANDA SENDIRI ?

iklan-pubm-2014
Ramai Peniaga Butik Online di Malaysia telah Memperoleh Pendapatan Puluhan & malah Ratusan Ribu Ringgit Setiap Bulan serta Melebarkan Sayap ke Pasaran Antarabangsa.
Kini Anda Boleh Memiliknya dengan Pakej Perniagaan Lengkap “Butik Muslimah Online” dari Program Usahawan Busana Muslimah (PUBM) Dengan MODAL RM 1,500 SAHAJA.
***********************************************
APA YANG AKAN ANDA MILIKI ?
1. Website E-Dagang Peribadi (Shopping Cart) dengan Domain Pilihan Anda.
2. Facebook Fanpage Dengan Design Menarik untuk Butik Online Anda.
3. Pelbagai Produk di Sediakan dari Kategori Jubah, Baju Kurung, Blous, Kemeja & Shawl untuk Di Jual di Butik Online Anda dengan Margin Keuntungan Tinggi (33% dari Harga Jualan) melalui Konsep Istimewa “2 Tier Dropship Programme”
4. Anda Juga Boleh Menjual Produk Sendiri atau Menyertai Program-program Dropship Lain untuk Memperbanyakkan Koleksi Produk Jualan di Butik Online Anda.
Ya, Platform Ini Lengkap untuk Anda Memiliki Perniagaan Butik Muslimah Online Secara Profesional !
***********************************************
NANTI DULU! KAMI BENAR-BENAR INGIN MELIHAT KEJAYAAN ANDA. JADI KAMI TAMBAHKAN BONUS YANG BAKAL MEMBAWA ANDA KEPADA KEJAYAAN.
Anda Juga Akan Mendapat:
1. Kursus Pengurusan & Pemasaran Butik Online dari Pakar iaitu Ustaz Nabil Pemilik Butik Inspirasihana yang telah Mencatat Jualan Lebih RM 100,000.00 Sebulan dengan Butik Online.
2.Panduan Bertulis Pengurusan Butik Online.
3. Bantuan Pengiklanan Butik Online di Facebook dengan pemberian kupon pengiklanan dengan nilai kredit bernilai RM 150++
4. Bimbingan berterusan melalui Facebook Group Eksklusif.
***********************************************
SEMAKIN CEPAT ANDA MULAKAN, SEMAKIN CEPAT ANDA UNTUNG DAN BERJAYA!
Hubungi: 0176861415 (En. Ali) – Call/SMS/WhatsApp atau PM kami Untuk Info Lanjut dan Memulakan Perniagaan Butik Muslimah Online Anda.
Layari: pubm.net Sekarang untuk maklumat lengkap dan Pendaftaran.
SELAMAT BERJAYA!  

Wednesday, July 29, 2015

Perkhidmatan doorgift/goodies Melaka


Sila klik poster di atas untuk ke halaman FJ HOMEMADE

Masih mencari pembekal doorgift di Melaka? Cake? Cupcake? Hantaran cake? goodies? or any Apa kata anda cuba ke FJ Homemade (klik poster). Mungkin apa yang anda cari ada di sana. Harga yang berpatutan menanti anda.  



Saturday, April 4, 2015

Wednesday, September 3, 2014

Cara Renew Lesen SSM Melaka



Lesen perniagaan adalah amat penting sekarang. Ini dapat memberi satu perspektif yang positif kepada perniagaan kita. Tidak kisahlah kecil atau besar perniagaan itu. Ia bukan sahaja memberi impakpositif kepada pelanggan malahan dapat membuatkan para peniaga untuk lebih yakin dalam berniaga.

Jadi sesiapa yang ingin membuat pembaharuan lesen SSM bolehlah membuat urusan anda di UTC Melaka. Cepat Senang dan Mudah. Masa berurusan hari tu di SSM UTC hanya mengambil kurang  dari 10 minit . Kebetulan pada masa tu hanya ada seorang pelanggan (pergi awal pagi). Jadi tidak penat menunggu. Jika ramai mungkin mengambil masa dalam 15 minit.

Lokasi : UTC MELAKA (tingkat 3)

sebagai rujukan:
- Bawa IC & salinan.
- Lesen SSM yang telah tamat tempoh.
- Jika pemilikan bersama, boleh salah seorang yang membuat urusan di SSM.
- Jika lewat akan dikenakan kompoun (denda).Menigikut jangka masa kelewatan. Jika dah lewat lebih 12 bulan pemilik perlu membuat mendaftar semula.

Bayaran:
- Nama ted - RM60 setahun
- Nama Personal - RM30 setahun
- Cawangan - RM5 setahun bagi setiap cawangan

Penting:
- Untuk mengelakkan kesesakkan dikaunter sila isi siap-siap borang A1. Borang boleh dimuat turun dari website SSM atau boleh klik SINI (Borang A1). Rujuk Panduan Pembaharuan Pendaftaran Perniagaan. 

untuk maklumat lanjut mengenai SSM dan cara mendaftar yang lengkap anda boleh lah ke www.ssm.com.my.

IKLAN

FJ Homemade Logo
Menyediakan pelbagai homemade doorgift, pakej goodies bag, kek, cupcake, tart, choc chip cookies, moist choc cake doorgift, rainbow cake, cake in jar dan sebagai nya.. Klik Logo untuk ke homemade doorgift Melaka.

Saturday, July 26, 2014

Thursday, July 3, 2014

Surah An- Nisa (Wanita) -Ayat 32

بسم الله الرحمن الرحيم

sumber ayat quran.com

Maksudnya;

"Dan janganlah kamu iri hati terhadap kurniaan yang telah dilebihkan Allah kepada sebahagian yang lain. (Kerana) bagi lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan,dan bagi perempuan (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan. Mohonlah kepada Allah sebahagian dari kurnianNya. Sesungguhnya Allah mengetahui segala sesuatu". 

Surah An Nisa' Ayat 32


Assalammualaikum. buat perkongsian untuk semua :-)

Kita kadang-kala sering membandingkan diri kita dengan orang lain. Dan kadang-kala juga berasab iri hati kerana seseorang itu sering mendapat apa yang mereka hajatkan (dapat kerja cepat, kawin cepat, pangkat tinggi dan sebagainya).. Tapi kita lupa bahawa segala yang berlaku itu adalah kuniaan dari Allah untuk hambanya. Dan jika Dia ingin mengambil kembali kuniaan itu tiada siapa pun boleh menghalang. Jika Allah tidak mengizinkan segalanya tidak akan berlaku.. Jadi jika kita inginkan kuniaan daripadaNya banyakkan lah berdoa, berusaha sehabis baik dan bertawakallah.. Jika belum termakbul juga banyak-banyakkan lah bersabar kerana Allah menyukai orang- orang yang bersabar. Jika doa kita sudah termakbul, janganlah lupa bahawa semua itu adalah pinjaman dari Allah untuk kita.. 


Thursday, February 27, 2014

Untuk perkongsian sesama kita. Insya'Allah..

Jika tiada rezeki anak, 
Mungkin diberikan rezeki mertua yang baik. Maka kita lebih bahagia daripada mendapat anak yg liar.

Jika tiada rezeki wang ringgit,
Mungkin diberikan rezeki kesihatan yang baik. Maka kita lebih bahagia daripada kerisauan menjaga harta dunia. 

Jika tiada rezeki kereta mewah,
Mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak pernah putus. Maka kita lebih bahagia daripada si gelandangan. 

Jika tiada rezeki mendapat pasangan yang cantik, mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik dan pandai menguruskan rumah tangga, maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman dan terjaga segalanya. 

Jika tiada rezeki jodoh, mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang panjang, maka kita lebih bahagia dapat berbakti sepenuhnya pada orang tua. 

Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki yang lain pada esok hari. Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak terjangka. 

Bersabar, bersyukur, berusaha dan berdoa, bertawakal. 

Hanya dia, Allah yang maha Esa.

Terima Kasih ALLAH.

sumber : instaram irine_nadia

Wednesday, December 4, 2013

Buat Pasport di UTC Melaka memang terbaik.

Ok hari ni nak share pengalaman membuat International pasport kali pertama di UTC Melaka.



1. Apa yang perlu dibawa semasa ingin membuat pasport di UTC?
   - IC/ Surat beranak
   - Gambar pasport latar belakang putih- 2 keping (Gambar kalau tak sempat tangkap pun takpe. Nanti
     masa di UTC boleh singgah kejap kat kiosk gambar di belah kanan pintu masuk UTC. Harga RM12)
  - Ukuran ketinggian. Ini penting untuk diisi di dalam pasport tu nanti.

2. Berapa bayaran?
    - Dewasa : RM100 untuk 2 tahun.
    - Warga Emas (umur 60 tahun ke atas) : RM80
    - Kanak- kanak (umur 2 tahun ke bawah) : RM80

3. Lama ke?
    Dalam 1 Jam siap. Tapi kalau pergi time tak ramai orang tak sampai sejam pun. Hari tu pergi pun
    malam, ambil nombor dalam pukul 9 malam. Siap dalam 9.30 malam.

4. Tatacara pemakaian?
    Ok ni untuk wanita yang bertudung ye. Sila pakai tudung yang bewarna gelap semasa mengambil
    gambar pasport. Kalau terlalu cerah anda terpaksa ambil gambar semula.

5. Lokasi?
    Berhampiran UTem Kampus Bandar. Berhadapan stadium kubu.

Untuk maklumat lanjut boleh ke Portal Rasmi Jabatan Imigresen klik SINI.

UTC Melaka Mudah dan Cepat :-) Lima Bintang untuk UTC Melaka.


IKLAN

FJ Homemade Logo
Menyediakan pelbagai homemade doorgift, pakej goodies bag, kek, cupcake, tart, choc chip cookies, moist choc cake doorgift, rainbow cake, cake in jar dan sebagai nya.. Klik Logo untuk ke homemade doorgift Melaka.

Sunday, November 3, 2013

Himalaya Herbals untuk Kulit Berjerawat dan Berminyak

Pernah dengar tak Himalaya Herbals? Rasanya pernah dengar kan. Kalau tak pernah dengar takpe cuba tengok flyers kat bawah ni


source : google

Dari rata- rata review atau testimoni yang dibaca, Produk Himalays ini sangat sesuai untuk sesiapa yang mengalami kulit yang berminyak serta berjerawat.  Product himalaya ini menggunakan daun neem dan juga tumeric (kunyit) yang sangat bagus untuk mencengah dan mengawal jerawat serta kulit yang berminyak. Produk ini sangat terkenal diIndia.. Okey kalau tak percaya boleh baca review di sini:


Ni adalah di anrata review yang sempat dikongsikan. Harga pun berpatutan. Kalau sesiapa yang ingin mencuba boleh lah cari di guardian ataupun farmasi yang berdekatan. Produk Himalaya ini ada juga dijual di Tesco. Kalau sesiapa yang tinggal di Melaka boleh ke brach Himalaya di AEON Bandaraya (1st floor berdekatan dengan maybank kalau tak silap). Sekarang Himalaya tengah buat promotion untuk Faca Wash + face scrub + face pack = RM39.90 :-) Untuk mengetahui dengan lebih lanjut Himalaya Herbals Malaysia boleh ke SINI Himalaya Healthcare Malaysia

Sesiapa yang ingin membeli produk Himalaya ataupun produk-produk lain secara online bolehlah ke SINI

IKLAN

FJ Homemade Logo
Menyediakan pelbagai homemade doorgift, pakej goodies bag, kek, cupcake, tart, choc chip cookies, moist choc cake doorgift, rainbow cake, cake in jar dan sebagai nya.. Klik Logo untuk ke homemade doorgift Melaka.