1. Apa yang perlu dibawa semasa ingin membuat pasport di UTC?
- IC/ Surat beranak
- Gambar pasport latar belakang putih- 2 keping (Gambar kalau tak sempat tangkap pun takpe. Nanti
masa di UTC boleh singgah kejap kat kiosk gambar di belah kanan pintu masuk UTC. Harga RM12)
- Ukuran ketinggian. Ini penting untuk diisi di dalam pasport tu nanti.
2. Berapa bayaran?
- Dewasa : RM100 untuk 2 tahun.
- Warga Emas (umur 60 tahun ke atas) : RM80
- Kanak- kanak (umur 2 tahun ke bawah) : RM80
3. Lama ke?
Dalam 1 Jam siap. Tapi kalau pergi time tak ramai orang tak sampai sejam pun. Hari tu pergi pun
malam, ambil nombor dalam pukul 9 malam. Siap dalam 9.30 malam.
4. Tatacara pemakaian?
Ok ni untuk wanita yang bertudung ye. Sila pakai tudung yang bewarna gelap semasa mengambil
gambar pasport. Kalau terlalu cerah anda terpaksa ambil gambar semula.
5. Lokasi?
Berhampiran UTem Kampus Bandar. Berhadapan stadium kubu.
Untuk maklumat lanjut boleh ke Portal Rasmi Jabatan Imigresen klik SINI.
UTC Melaka Mudah dan Cepat :-) Lima Bintang untuk UTC Melaka.
IKLAN

Menyediakan pelbagai homemade doorgift, pakej goodies bag, kek, cupcake, tart, choc chip cookies, moist choc cake doorgift, rainbow cake, cake in jar dan sebagai nya.. Klik Logo untuk ke homemade doorgift Melaka.
0 comments:
Post a Comment
Thanks for your commenting.. Leave your blog link and I will come to your blog :-)